MESTI KLIK DENGAN WORLD SPORTS ZONE!!!

Friday, January 14, 2011

Berita Harian Online | BAM perlu profesional tangani isu Misbun



BAM perlu profesional tangani isu Misbun


2011/01/11

KEMELUT peletakan jawatan jurulatih perseorangan badminton negara, Datuk Misbun Sidek mengejutkan banyak pihak terutama peminat badminton tanah air. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) rasanya tidak terlalu terkejut kerana mereka mungkin sudah mengetahui perkara ini akan berlaku.

Pemain dan jurulatih adalah satu komponen dalam apa jua permainan. Oleh itu, pendekatan yang terbaik perlu dilakukan BAM kerana ia sebuah organisasi profesional. Dengan kumpulan pengurusan yang hebat tentu tindakan bagi mengatasi masalah peletakan jawatan ini juga hebat.
Dari segi sejarah, kita melihat pelbagai kerenah pentadbiran sukan di negara kita dengan kumpulan pengurusan bertindak mengikut apa yang mereka rasakan terbaik untukmerekadan akhirnya pemain dan mutu sukan terbabit akan ketinggalan di persada antarabangsa.
Sebagai seorang peminat dan pentadbir sukan yang pernah berkecimpung dalam pentadbiran sukan di peringkat negeri dan juga kebangsaan saya merayu kepadamereka’ agar melihat kembali amanah yang diberikan kepada kita bagi mengurus sesuatu organisasi. Jika kita fahami dan menghayati visi dan misi organisasi, kita tidak akan ada agenda sendiri dalam melaksanakannya.

Pemain mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan diri dengan kepakaran bagi menjadikan diri sebagai pemain berkompetensi tinggi bagi sesuatu permainan.

Persatuan mempunyai tanggungjawab bagi menyelaras agar pemain sentiasa bersedia dalam menghadapi pertandingan dengan menyediakan kemudahan termasuk jurulatih. Jurulatih bertanggungjawab menyediakan pelan tindakan agar setiap pemain mempunyai tahap pencapaian mengikut tahap pertandingan yang mereka akan mengambil bahagian.

Majlis Sukan Negara (MSN) bertanggungjawab memastikan setiap organisasi sukan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang ada agar ia dilaksanakan dengan sempurna.

PEMINAT SUKAN VETERAN,

Jitra, Kedah.

No comments:

Post a Comment