MESTI KLIK DENGAN WORLD SPORTS ZONE!!!

Saturday, January 15, 2011

NICOL , PUVANESWARAN PENERIMA ANUGERAH OLIMPIAN 2010

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David dan jaguh karate R. Puvaneswaren masing-masing dipilih sebagai penerima Anugerah Coca-Cola Olimpian Wanita dan Lelaki 2010 daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM). 

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyampaikan anugerah kepada kedua-dua atlet itu yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 ekoran pemilihan tersebut.
Nicol diwakili Pengurus Pasukan Skuasy Sukan Asia ke Guangzhou Peter Chee pada majlis malam tadi. Tahun lepas pemain skuasy wanita nombor satu dunia itu meraih satu emas pada Sukan Komanwel dan dua emas pada Sukan Asia, dan dia juga pernah memenangi anugerah yang sama pada tahun 1998.
Beliau juga merupakan pemenang ‘National Sportswomen Award’ dari tahun 2006 hingga 2009. Menerusi satu rakaman video yang disiarkan di majlis malam ini, Nicol mengucapkan terima kasih kepada Majlis Olimpik Malaysia, Majlis Sukan Negara dan semua pihak.
Katanya anugerah itu pasti akan menyuntik semangat juangnya bagi menampilkan persembahan yang lebih mantap di masa depan. Puvaneswaran pula yang menyumbang pingat emas untuk negara pada Sukan Asia di Guangzhou menerusi acara Kumite lelaki bawah 55kg, mengumumkan persaraannya sejurus selepas itu, iaitu setelah mewakili negara dalam sukan karate selama hampir 16 tahun.
“Saya amat berbangga dan terharu dapat berdiri di sini menerima anugerah ini. Saya amat berbangga kerana tersenarai sebagai penerima anugerah ini, sebaris dengan nama-nama jaguh sukan yang lain seperti Koo Kean Keat dan Azizulhasni Awang,” katanya.
Puvaneswaran turut mengucapkan terima kasih kepada bekas jurulatihnya T. Ponniyah dan P. Arivalagan.
Antara calon-calon pemenang anugerah Olimpian tahun ini termasuk atlet terjun Pandelela Rinong, atlet wushu Chai Fong Ying, pemain beregu badminton Koo Kien Keat, atlet berbasikal Mohd Azizulhasni Awang dan pemain boling Alex Liew.
Sementara itu Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran menerima Trofi IOC (Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa) 2010 di atas usaha memperkenal polisi 1Murid 1Sukan di sekolah-sekolah. — Bernama

No comments:

Post a Comment